Muncul Individu Pertama Di Tiktok Dengan Lebih 100 Juta Pengikut, Gadis Ini Raih Lebih RM400k Setiap Posting Yang Ditaja

Seorang remaja perempuan, Charlie D’Amelio memperolehi 100. 7 juta pengikut dan 7.9 billion suka di laman sosial TikTok miliknya pada usia 16 tahun. Di sini anda dapat lihat bahawa video pendeknya lima kali lebih popular berbanding Kylie Jenner dan Ariana Grande.

Popularitinya muncul apabila dia melakukan aksi tarian untuk lagu-lagu popular sehingga menjadi viral. Aplikasi TikTok mula diperkenalkan pada tahun 2018 dan D’Amelio mula membuat hantaran pada bulan Mei tahun lalu.

Gambar via TikTok

Bukan itu sahaja, remaja ini telah berjaya mendapatkan jumlah pengikut yang begitu ramai dalam jangka waktu yang singkat. Sedangkan saluran YouTube mengambil masa sekurang-kurangnya 14 tahun untuk memperolehi 100 juta pengikut.

Menurut laporan, Charli mengenakan bayaran sebanyak $100,000 (RM409,250) bagi setiap penaja yang ingin menaja posting di Tiktoknya. Manakala, nilai bersihnya boleh mencecah sebanyak $ 4 juta (RM16,378,000).

Tambahannya, seluruh keluarganya juga terkenal di mana ibu bapanya juga mempunyai pengikut TikTok yang ramai tatkala adiknya, Charli Dixie mempunyai syarikat rakaman sendiri.

Charli bukan sahaja memfokuskan kepada laman sosial TikToknya sahaja malah dia juga menyiarkan video YouTube dan akan mengeluarkan buku tidak lama lagi.

Sumber: The Sun

The post Muncul Individu Pertama Di Tiktok Dengan Lebih 100 Juta Pengikut, Gadis Ini Raih Lebih RM400k Setiap Posting Yang Ditaja appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments