Minggu Saham Digital Nak Bagi Hadiah Percuma Ford Ranger Dan Toyota Vios, Ini Caranya Yang Anda Kena Tahu  

Bermula 18 November sehingga 24 November 2020, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengadakan Minggu Saham Digital (MSD) yang bertujuan untuk mempamerkan syarikat-syarikat pelaburan PNB di samping mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan. Minggu Saham Digital ini akan diadakan secara langsung menerusi laman Facebook dan Youtube MSD.

Minggu Saham Digital ini juga akan menampilkan selebriti-selebriti dan personaliti terkenal sepanjang program ini berlangsung. MSD ini akan disiarkan secara langsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam setiap hari bermula 18 sehingga 24 November 2020. Perasmian Minggu Saham Digital ini akan disempurnakan oleh Menteri Kewangan Malaysia dan juga Timbalan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 19 November 2020.

Antara program-program menarik yang akan diadakan sepanjang Minggu Saham Digital ialah:

  1. Pass the mic!

Siaran harian ini akan menampilkan hos-hos terkenal seperti feeya Iskandar, Sissy Iman, Jiggy dan Alif Farhan. MSD juga akan menjemput artis-artis hebat seperti K-Clique, Akim Ahmad, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Aman Ra dalam sebuah konsert maya terbesar Malaysia untuk membuat persembahan. Mereka yang mengikuti konsert maya terbesar Pass The Mic! antara pukul 8.30 malam dan 10.30 malam pada 21 November 2020 berpeluang memenangi Perodua Aruz bernilai RM75,000 dan 10 e-baucar Lazada bernilai RM500 setiap satu.

 

  1. Cikgu Ceo

MSD akan menjadi hos untuk program Cikgu Ceo yang akan dipersembahkan oleh PNB, Maybank Berhad dan UMW Holdings Berhad. Program ini berkonsepkan siri websinar topical yag interaktif dan mudah diikuti. Akan memaparkan soalan-soalan dari golongan belia Malaysia dalam interaksi maya Bersama para CEO dengan harapan mendidik para belia mengena kepentingan literasi kewangan.

  1. Eh! Mana Kod?

Minggu Saham Digital juga telah mengadakan satu peraduan pencarian harta karun yang bermula sekarang sehingga 11.59 malam 30 November 2020. Sepanjang tempoh peraduan, para peserta perlu mengumpulkan sebilangan besar kod tersembunyi yang terdapat dalam semua video yang disiarkan di saluran media social MSD dan juga di laman web MSD.

Peraduan ini menawarkan hadiah utama sebuah Ford Ranger 2.0L untuk seorang pemenang bertuah yang bernilai RM130,000. Selain itu sebuah Toyota Vios 1.5G bernilai RM90,000 untuk seorang pemenang bertuah. Sebuah Yamaha R25 yang bernilai RM21,500. 8 buah motosikal Honda Dash 125 S bernilai RM6,000 dan raiz Wang Tunai yang berjulah RM250 untuk 10 pemenang bertuah.

Para peserta harus mendaftar sekarang di laman web MSD untuk menjadi antara 2,500 peserta bertuah yang bertanding bagi memenangi e-baucar Lazada bernilai RM50 setiap satu. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh acara MSD 2020 berlangsung, antara 18 hingga 23 November 2020 melalui laman Facebook MSD.

Banyak lagi program-program menarik yang akan diadakan seperti  Sembang-Sembang ASNB, Makan Dulu, My Cerita, Masak Macam Mak, Jumpa di 118, Selesa, Kereta Kita, Betul ke Doc? Dan Lepak Je!. Malah, ramai lagi selebriti yang terlibat seperti Awal Ashaari, Hazeman Huzir, Fahrin Ahmad, Zahiril Adzim, Fizo Omar, Elfira Loy, Sherson Lian dan Dato’ Fazley Yaakob.

Semua program menarik ini akan diadakan secara digital melalui Facebook dan Youtube Minggu Saham Digital. Untuk maklumat lanjut boleh juga ke laman web rasmi Minggu Saham Digital

The post Minggu Saham Digital Nak Bagi Hadiah Percuma Ford Ranger Dan Toyota Vios, Ini Caranya Yang Anda Kena Tahu   appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments