Menyentuh Hati, Anggota Polis Tolak Kerusi Roda Warga Emas OKU Untuk Buat Laporan Akibat Diragut Terima Pujian

Kemuliaan hati dua orang anggota polis mendapat perhatian orang ramai selepas mereka membantu seorang warga emas kelainan upaya (OKU) yang menjadi mangsa ragut di Pulau Pinang, semalam.

Dalam video dikongsikan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kelihatan seorang lelaki beruniform biru menolak seorang warga emas di atas kerusi roda di Balai Polis Lebuh Pantai.

Warga emas yang dilihat mengalami kecederaan pada bahagian muka itu dikatakan telah menjadi mangsa ragut dan ingin membuat laporan di balai berkenaan. Kelihatan beberapa beg plastik dipercayai barang miliknya tergantung pada kerusi roda berkenaan.

Semoga khidmat dan bakti “Frontliners” diberi ganjaran istimewa oleh Yang Maha Esa

Penghargaan buat anggota Balai Polis Lebuh Pantai dan Unit Rondaan Bermotosikal, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Lans Koperal Nashrul Sekon, Lans Koperal Mohd Yunus Mohd Ghani dan Konstabel Mohd Iqbal Nafeez Halmi atas bantuan diberikan kepada seorang warga emas yang juga orang kelainan upaya untuk membuat laporan polis akibat diragut di Pulau Pinang, semalam.

Menyarung baju keramat Sang Saka Biru membawa tanggungjawab yang sangat besar buat mereka. Semoga segala khidmat dan bakti petugas barisan hadapan negara kepada masyarakat akan diberi ganjaran istimewa oleh Yang Maha Esa.

Anda boleh tonton video di SINI.

Ketiga-tiga mereka telah mendapat pujian dan sanjungan orang ramai yang kagum dengan tindakan mulia itu.

Terima kasih kerana menolong mangsa

Masyarakat memerlukan anda semua

Super hero

Sumber: PDRM

The post Menyentuh Hati, Anggota Polis Tolak Kerusi Roda Warga Emas OKU Untuk Buat Laporan Akibat Diragut Terima Pujian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments