Maritim Negeri Perak Usir 40 Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Di Perak Semalam

Maritim Negeri Perak semalam dilaporkan telah mengusir 40 buah bot nelayan Indonesia yang telah menceroboh perairan negara di beberapa kedudukan sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak.

Gambar Via APMM

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Facebook, kesemua bot telah diarahkan untuk menghentikan penangkapan ikan dan keluar dari perairan Malaysia.

Gambar Via APMM

Dalam tempoh ini, tindakan pengusiran PATI dan bot nelayan asing keluar dari perairan Malaysia adalah untuk menyekat penyebaran wabak COVID-19.

Maritim Negeri Perak akan terus meningkatkan pengawasan sempadan perairan negara terutama untuk menyekar kemasukan PATI dan bot nelayan asing.

Gambar Via APMM

Memetik laporan Bernama, APMM negeri Perak telah mengusir sebanyak 199 bot nelayan Indonesia dari perairan negara sejak Mac lepas. Mereka dikesan menceroboh dan menangkap ikan di perairan Perak.

MCG REPORT : RANGKUMAN 31 OKTOBER 2020

๐— ๐—–๐—š ๐—ฅ๐—˜๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง: ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ 1. OP BENTENG : EMPAT PATI DITANGKAP, NEKAD RENTAS MASUK PERAIRAN NEGARA2. OP BENTENG: ZON MARITIM SANDAKAN CEKUP PATI SELUDUP ROKOK3. OP SAR: INSIDEN KAPAL "DAYANG TOPAZ" ALAMI KECEMASAN DI MIRI4. OP SAR: INSIDEN KAPAL "DAYANG TOPAZ" – ULASAN PAKAR#NationalTaskForce#OP_Benteng#MaritimeNation#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama#KitaJagaKita#MalaysiaCoastGuardMajlis Keselamatan NegaraKementerian Dalam Negeri (KDN)Ikhtisas Kelautan MalaysiaOIL & GAS JOBS – MalaysiaPETRONASMalaysian Seafarer

Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Saturday, October 31, 2020

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

The post Maritim Negeri Perak Usir 40 Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Di Perak Semalam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments