Laporan Persahabatan Snapchat: 31% Orang Malaysia Merasa Kesepian Sejak Pandemik Bermula

Snap Inc. hari ini mendedahkan hasil kajian Laporan Persahabatan global kedua mereka yang telah menemuramah 30,000 orang merentas enam belas negara, untuk meneroka bagaimana cabaran pandemik COVID-19 dan masalah global mempengaruhi persahabatan. Tujuh belas pakar persahabatan dari seluruh dunia turut menyumbang kepada laporan tersebut.

Pengarah Pembangunan Pasaran Snap untuk rantau Asia Tenggara, Anubhav Nayyar berkata: “Ketika satu dunia belajar menggunakan norma baharu dalam penjarakan sosial, Laporan Persahabatan tahun ini membuktikan kepada kita bahawa semasa pandemik COVID-19 komunikasi visual telah menjadi lebih penting daripada sebelumnya”.

Kesan COVID-19 di Malaysia

Enam bulan setelah sebahagian besar dunia menetapkan aturan penjarakan sosial, rakan-rakan mula mencari cara baru untuk kekal berhubung, dan kesan jangka panjang daripadanya sudah kelihatan lebih jelas.

Sebilangan besar rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka menggunakan saluran dalam talian untuk berkomunikasi lebih banyak daripada sebelum COVID-19 (81%) dan kebanyakan perbualan tersebut adalah berbentuk lebih mendalam (59%), daripada sekadar berfokus pada topik permulaan sahaja. Ia menunjukkan bahawa komunikasi digital adalah kunci untuk terus berhubung ketika sedang berjauhan dan sebilangan besar (85%) mengatakan bahawa ia telah membantu menjaga hubungan persahabatan mereka, tanpa mengira usia.

Walaupun berlaku peningkatan dalam cubaan berhubung kepada rakan-rakan, COVID-19 juga menyebabkan beberapa orang berasa kesepian. 31% daripada responden tinjauan kami mengatakan bahawa mereka merasa kesepian sejak pandemik bermula, iaitu 10% lebih tinggi daripada sebelum COVID-19.

Secara keseluruhan, sepertiga daripada responden tinjauan mengatakan bahawa COVID-19 telah memberi kesan kepada persahabatan mereka (35%). Manakala 54% mengatakan ia telah membuatkan mereka berasa tidak rapat lagi dengan rakan-rakan. Hampir separuh daripada responden tinjauan juga bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka “berasa lebih jauh daripada rakan kerana mereka tidak dapat meluangkan masa secara bersemuka” (46%)

Menurut Pensyarah Kanan Antropologi dan Sosiologi di Universiti Sains Malaysia, Dr. Nur Hafeeza Ahmad Pazil, “Orang menganggap persahabatan sebagai hubungan yang penting dan menjadikan rakan karib sebagai mereka yang paling dipercayai, mengasihi tanpa kondisi, merasa selesa bersama dan mendedahkan diri sebenar mereka. Pendedahan diri adalah proses membina kualiti keakraban di mana ia dihubungkan dengan tahap kepercayaan yang tinggi dan orang biasanya menjelaskan keakraban dengan “menjauh” daripada orang lain.

Kelebihan pandemik yang telah menyebabkan begitu banyak pengasingan ialah orang betul-betul mahu menghubungi dan mengambil berat tentang orang yang mereka sayangi. Lebih dari satu pertiga (39%) menyatakan bahawa persahabatan adalah amat penting kepada mereka sekarang dan lebih daripada separuh membuat pilihan untuk menghubungi rakan-rakan yang sudah lama tidak  dihubungi untuk berbual (54%).

Yang hilang dan bertaut kembali

Laporan Persahabatan Snap tahun lalu mendapati bahawa persahabatan terutamanya yang bermula daripada zaman kanak-kanak mempunyai kesan yang mendalam kepada kebahagiaan dan kesejahteraan. Oleh itu agak mengejutkan bila tahun ini 29% rakyat Malaysia telah putus hubungan dengan rakan karib tapi 59% daripada mereka mengatakan mereka ingin berhubung semula.

Untuk rakan-rakan yang sudah tiada khabar berita, Snap menemui cara paling lazim bagi rakyat Malaysia yang mahu berhubung kembali, iaitu dengan menghantar gambar yang mengingatkan mereka kepada memori yang dikongsi bersama (52%), diikuti dengan gambar yang mengingatkan mereka kepada rakan mereka (49%). Penggunaan jenaka juga mendapat pilihan tinggi dengan 44% rakyat Malaysia yang ditinjau berpandangan menghantar meme atau GIF yang menggelikan hati boleh menjadi cara terbaik untuk memulakan perbualan. 

Lebih dari sepertiga (37%) mahukan alat yang boleh digunakan untuk membantu komunikasi, terutama dalam situasi sukar seperti menyambung kembali hubungan.

Friendship Time Capsule Baharu Daripada Snapchat 

Sebagai reaksi langsung terhadap penemuan ini, Snap telah melancarkan Friendship Time Capsule (Kapsul Waktu Persahabatan), satu fungsi kolaj foto kolaboratif yang membolehkan Snapchatters mencipta memori baru yang dikongsi bersama antara mereka dan rakan. Snappable mengajak pengguna untuk mengambil swafoto dan kemudian menghantarnya kepada rakan yang akan melakukan perkara yang sama. Ia kemudian menggunakan ciri pembelajaran mesin Snap untuk menyatukan mereka dan meningkatkan usia mereka dalam beberapa senario masa hadapan. Alat ini bertujuan untuk membantu Snapchatters menunjukkan keprihatinan mereka kepada rakan-rakan ketika tidak dapat bersama, atau bertindak sebagai alat bantu untuk berhubung kembali dengan rakan karib.

Selebriti Malaysia termasuk penyanyi-penggubah lagu Ismail Izzani dan penyanyi-penggubah lagu Britain Lewis Capaldi telah mencuba ciri baru ini. Ismail Izzani menggunakan ciri tersebut untuk menghubungi teman lamanya Asraf Zainnuddin, dan mengatakan: “Asraf dan saya pertama kali bertemu pada tiga tahun lepas ketika saya baru memulakan karier nyanyian saya. Dia telah mengupah saya untuk membuat persembahan di sebuah majlis dan hubungan kerja kami akhirnya bertukar menjadi persahabatan. Kami kekal akrab selepas  itu. Asraf dan saya kini berada di fasa kehidupan yang berbeza kerana dia baru sahaja berkahwin dan saya pula sedang memberi tumpuan kepada kerjaya saya. Namun, mengekalkan hubungan sangat bermakna bagi kami dan mencari cara-cara baru untuk berhubung adalah sebahagian dari keseronokan, terutama pada masa COVID-19. “

Friendship Time Capsule direka khas untuk membantu kerumitan yang dialami persahabatan semasa pandemik COVID-19. 

“Berbual dalam gambar dan video yang menggunakan lapisan latar dari alat kreatif seperti lensa realiti perantara dan avatar peribadi Bitmoji membantu Snapchatters mengekspresikan diri dan berinteraksi secara visual. Ia berfungsi sebagai penghubung penting ketika pertemuan secara langsung bukan lagi satu pilihan. Pada masa sukar ini ia membolehkan Snapchatters merasa lebih dekat dengan rakan karib mereka.”

“Kami berharap bahawa ciri-ciri baru seperti Friendship Time Capsule akan terus membantu Snapchatters untuk kekal akrab dengan rakan karib mereka dan saling menyokong satu sama lain,” tambahnya.

Tentang  Laporan

Laporan Persahabatan dijalankan dengan kerjasama Alter Agents, membuat tinjauan kepada 30,000 orang berusia 13 hingga 44 tahun yang mewakili negara-negara Australia, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Malaysia, Mexico, Belanda, Norway, Kerajaan Arab Saudi, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu, UK dan AS.

Tentang Snap Inc.

Snap Inc. ialah syarikat kamera. Kami percaya penciptaan semula kamera adalah peluang terbaik kami untuk membantu memperbaiki gaya hidup dan komunikasi orang ramai. Kami menyumbang kepada kemajuan manusiawi dengan memperkasakan pengguna untuk berekspresi, menikmati momen hidup masa kini, mempelajari dunia dan berseronok bersama. Untuk maklumat lanjut, lawati snap.com

The post Laporan Persahabatan Snapchat: 31% Orang Malaysia Merasa Kesepian Sejak Pandemik Bermula appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments