Kenderaan 4×4 Tersangkut Pada Lumpur, Dianggap Kejam Gunakan Gajah Untuk Tarik

Satu video yang menunjukkan seekor gajah sedang menarik sebuah kenderaan 4×4 yang tersangkut di dalam lumpur menjadi viral. Gajah yang dilindungi itu nampaknya diberikan rantai yang bersambung dengan kenderaan tersebut lalu gajah itu menarik kenderaan yang  tersangkut itu.

Video berdurasi 30 saat itu memperlihatkan sang gajah menarik balik kenderaan yang terperangkap di dalam lubang berlumpur.  Meskipun gajah tersebut berjaya menarik keluar kenderaan itu dari lubang berlumpur, orang ramai menyifatkan tindakkan itu sebagai kejam kerana menyiksa binatang bertubuh sasa itu.

Terkait hal ini, Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam (BBKSDA) Riau berkata. Humas BBKSDA Riau Dian Indriati menjelaskan, kendaraan yang ditarik oleh gajah itu adalah kereta badan bukan kerajaan (LSM) Rimba Satwa Foundation (RSF).

“LSM Rimba Foundation ketika itu sedang membawa ubat-ubatan dan fasiliti untuk pengubatan gajah covina yang sedang sakit di PLG Sebanga di Kabupaten Bengkalis. Lokasi gajah menarik kereta itu lebih kurang  1 kilometer dari PLG,” menurut Dian melalui kenyataan bertulis kepada Kompas.com, hari ini.

Menurut Dian, ketika itu keadaan sedang mendesak, disebabkan kenderaan tersebut telah tersangkut selama dua hari dan tidak dapat melalui jalan yang berlumpur ketika musim hujan. Selain itu, gajah covina sudah sangat memerlukan rawatan. Team yang berada di sana sudah menunggu doktor Danang, pelatih gajah PLG Sebanga RSF dan Himpunan Pegiat Alam (Hipam).

“Aktiviti tersebut bukan untuk mengeksploitasi gajah itu akan tetapi ianya semata-mata kerana keadaan yang mendesak, di mana keberadaan ubat-ubatan dan fasiliti perubatan harus segera sampai di lokasi PLG Sebanga,” kata Dian.

Sumber- Kompas.com

The post Kenderaan 4×4 Tersangkut Pada Lumpur, Dianggap Kejam Gunakan Gajah Untuk Tarik appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments