Kalau Duduk Apartment Atau Flat, Boleh Guna Idea Vertical Pots Ini Bercucuk Tanam. Boleh Tanam Sampai 30 Pokok!

Ramai yang minat bercucuk tanam tapi masalah ruang jadi kekangan. Mungkin duduk di apartmen, flat atau kediaman yang tiada laman.

Bagi yang teringin juga nak bercucuk tanam boleh gunakan idea daripada Zlfrhn Norizat ini. Beliau menggunakan kaedah penanaman menegak atau vertical pots yang sangat menjimatkan ruang.

Boleh tanam macam-macam sampai 30 pokok

  • Saya menggunakan kaedah penanaman menegak dan ia sangat jimatkan ruang. Pokok daun sup dan bendi ditanam pada 28.7.2020 dan bayam brazil ditanam pada 29.7.2020.

  • Tumbuhan yang sesuai ditanam dalam pasu menegak ini antaranya bayam, sawi, cili, bendi, daun sup, daun ketumbar, terung, herba-herba, strawberi dan macam-macam lagi.
  • Tapi ia tak sesuai untuk tanaman berubi dan jenis buah yang besar. Vertical pot ini juga sesuai untuk tanam pelbagai jenis pokok bunga.
  • Untuk set yang kecil ni anak saya tanam cili,daun sup, dan sawi pada 03.10.2020. Sekarang dan naik tinggi.

Ini contoh vertical pots yang kosong.
Ini ruang takungan air bawah pasu.
  • Boleh tanam sehingga 30 pokok dan mudah untuk kita alih. Selain itu vertical pots ini juga dah dibina sekali sistem pengairan jadi tak perlu siram.
Ini pokok tomato yang ditanam bulan Oktober lalu.

Diharap dapat memberi inspirasi kepada insan-insan yang teringin nak bercucuk tanam tetapi tiada ruang untuk bercucuk tanam.

Vertical pots ini boleh dibeli di Shopee. Klik SINI untuk beli.

Kalau belum ada bajet untuk beli vertical pot rasanya boleh DIY juga kan ikut idea ni.

 

Sumber: Zlfrhn Norizat

The post Kalau Duduk Apartment Atau Flat, Boleh Guna Idea Vertical Pots Ini Bercucuk Tanam. Boleh Tanam Sampai 30 Pokok! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments