Jangan Buang Kulit Bawang, Lepas Rendam Semalaman Boleh Jadi Baja Penggalak Tanaman

Kebiasaanya setelah kita mengupas bawang yang digunakan dalam sesuatu masakan, kulitnya akan dibuang begitu saja.

Namun selepas ini eloklah disimpan kerana kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja untuk menyuburkan pelbagai jenis pokok herba serta tanaman lain.

Suburkan pelbagai jenis pokok tanaman.

Selain itu, ia juga boleh menggalak pertumbuan pucuk baru dan mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman.

Kulit Bawang Sebagai Baja Penggalak Tanaman

Caranya:
1. Simpan kulit bawang yang dikupas untuk masak sehari-hari & masukkan dalam plastik atau kotak.
2. Apabila sudah banyak, cuci kulit bawang tersebut. Seterusnya rendam kulit bawang semalaman.

Rendam semalaman.

3. Esoknya sudah boleh siram pada pokok herba atau tanaman.
4. Kalau tidak mahu rendam dulu, boleh terus tabur pada pangkal-pangkal pokok, tapi dinasihatkan rendam supaya tidak diterbangkan angin.

Elak serangga perosak.

Manfaat kulit bawang:
– Mampu membantu menyuburkan tanaman anda
– Mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
– Mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
– Mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur, cantik tanpa serangan serangga perosak..
– Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga & buahan.

Sesuai semua jenis tanaman.

Artikel berkait:

Dah Kupas Jangan Buang, Boleh Guna Untuk Tanaman

DIY Air Booster Organik Untuk Suburkan Tanaman

The post Jangan Buang Kulit Bawang, Lepas Rendam Semalaman Boleh Jadi Baja Penggalak Tanaman appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments