Isu Dakwaan Daging Babi Dalam Mee Kari: Hanya Unsur DNA Ayam Dikesan, Tiada Unsur DNA Babi – KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan bahawa tiada unsur DNA babi dijumpai di dalam mee kari di sebuah restoran.

Menurut KPDNHEP, sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil ujian mendapati hanya unsur DNA ayam yang terdapat di dalam mee kari tersebut.

KPDNHEP berkata, susulan itu pihak restoran yang disiasat tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang di bawah Perintah perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

KPDNHEP dalam kenyataan turut menyeru kepada orang ramai agar bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan berita atau isu yang tidak sahih di laman sosial kerana boleh mnedatangkan kesan negatif kepada pihak lain.

Sebelum itu, kecoh di media sosial apabila sebuah video yang dimuat naik oleh netizen mendakwa terdapat daging babi di dalam mee kari di sebuah restoran terkenal.

Sumber: Twitter KPDNHEP

The post Isu Dakwaan Daging Babi Dalam Mee Kari: Hanya Unsur DNA Ayam Dikesan, Tiada Unsur DNA Babi – KPDNHEP appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments