Edit Video Macam ‘Pro’, Ini Telefon Pintar Yang Wajib Anda Ada

Pasti ramai diantara kita yang sedang pening survey telefon pintar yang canggih serta sesuai dengan keperluan kita.

Yelah, sekarang kan dah banyak telefon-telefon pintar pelbagai jenama yang canggih dijual di pasaran.

Walaupun terdapat pelbagai jenama-jenama telefon pintar yang melancarkan telefon bimbit model baharu, namun antara yang paling mencuri tumpuan serta favourite orang ramai semestinya jenama Samsung.

Untuk memudahkan korang nak beli telefon pintar yang berbaloi untuk buat masa sekarang ni, Samsung ada melancarkan satu telefon pintar bernama Samsung Galaxy Note20.

Pada korang yang rajin berkunjung ke kafe-kafe untuk ambil gambar makanan dan seterusnya post dekat akaun Instagram korang, telefon ni amat sesuai sekali untuk korang.

Nak tahu kenapa? Let’s check it out together

Rakam video kualiti macam level pro

Gambar: CNBC.com

Teknologi kamera dengan video yang didatangkan pada Samsung Galaxy Note20 ni memang tak perlu nak dipertikaikan lagi.

Sebab apa, setiap video yang korang rakam mesti korang akan puas hati. Manakan tidak, Setiap perincian yang dirakam menggunakan kamera telefon ni mempunyai kualiti video 8k ditambah lagi dengan natural motion blur 24fps yang sudah pastinya akan menjadikan video tu lebih hidup serta lebih best untuk ditonton.

Jadi, sekiranya korang tiba-tiba dapat idea untuk korang kongsi dekat satu dunia atau korang ni jenis suka upload video korang tu dekat sosial media, Samsung Galaxy Note20 adalah pilihan yang tepat untuk korang.

Video lebih lancar dengan paparan 120Hz

Gambar: Android Police

Samsung Galaxy Note20 ni juga dilengkapi dengan paparan skrin 60Hz dan 120Hz untuk Samsung Galaxy Note20 Ultra tau. Ini akan menjadikan segala video yang korang hasilkan tu lebih lancar.

Bukan tu je, model Samsung Galaxy Note20 ni juga didatangkan sekali dengan skrin gergasi Infinity-0 Display. Jadi, korang akan lebih puas untuk suntung klip-klip video korang tu dekat telefon korang ni. Lagi-lagi pada kaki vlog atau yang gemar seni photography. Lepas ni dah tak payah nak simpan dulu dan sunting kemudian bahan-bahan korang tu dekat komputer.

Zoom speed control yang lebih dinamik

Gambar: GadgetMatch

Menariknya lagi, telefon pintar ni turut mempunyai ciri Zoom speed control yang lebih dinamik untuk penggunanya.

Masa korang merakam sesuatu tu, korang boleh kawal sekali fungsi zoom speed ni yang mana perbezaan zoom speed ni boleh menambah kesan dinamik kepada hasil rakaman tu.

Jadi sekiranya anda ingin merakam filem aksi pendek dengan effect zoom yang mantap tapi takde bajet nak beli peralatan kamera yang power, jangan risau. Percayalah pada Note20 ni, dan ianya pasti akan menyerlahkan hasil kreatif anda tu dengan baik.

AI Single Take

Gambar: GadgetMatch

Samsung Galaxy Note20 ni turut hadir dengan fungsi AI Single Take yang superb habis.

Dengan fungsi AI Single Take ni, ianya mampu untuk merakamkan lebih banyak momen-momen indah semasa korang shoot.

Fungsi ni juga turut membolehkan anda untuk rakam momen yang bermakna di pelbagai sudut dan gaya dengan hanya satu sentuhan je. Masa merakam tu juga turut boleh dilanjutkan sehingga 15 saat tau.

Kadang-kadang kita pastinya pening untuk memuatkan semua momen indah yang berlaku sekelip mata dalam sekeping gambar kan. Dengan AI Single Take ni, korang tak perlu pening lagi, biar je fungsi ni buat kerja, korang hanya perlu pilih je mana hasil kerja yang korang nak tu.

Skrin Dynamic AMOLED 2X

Gambar: Tom’s Guide

Antara benda yang menarik didatangkan dalam siri Samsung Galaxy Note20 ni adalah skrin jenis Dynamic AMOLED 2X (hanya untuk varian NOTE20 ULTRA sahaja).

Skrin Dynamic AMOLED 2X ni mampu memberikan kecerahan yang paling tinggi, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana sesuatu tempat tu terang. Jadi, masa tempat tu terang, korang memang takde kesukaran langsung nak guna peranti ni.

Jika nak dibandingkan dengan model NOTE10, kecerahan skrin Samsung Galaxy Note20 Ultra ni telah ditambah baik sebanyak 25% sekiranya korang kena guna telefon ni di tengah-tengah panas.

Manakan tidak, kebanyakan telefon pintar pasti akan ada kesukaran untuk memaparkan kandungan sekiranya berada di bawah terik matahari. Tapi dengan Note20 Ultra ni, benda tu tak jadi masalah langsung. Semua paparan pada skrin jelas kelihatan tanpa sebarang masalah.

Pada korang yang kaki buat video TikTok atau suka kunjung kafe-kafe untuk ambik gambar makanan dan kemudian upload dekat IG korang, korang semestinya akan edit hasil rakaman serta gambar korang tu dulu sebelum upload kan.

Nak edit tu pulak, korang mesti akan pilih untuk edit dekat aplikasi lain atau pun gajet lain untuk dapat hasil yang korang nak.

Lepas ni korang dah tak payah susahkan diri lagi sebab korang boleh terus edit dalam telefon Samsung Galaxy Note20 ni je. Hasilnya pasti korang akan puas hati. Tak payah dah nak penuhkan memori telefon korang untuk download aplikasi editing lain.

Paling menarik sekali, Samsung Galaxy Note20 hadir dengan S Pen. S Pen ni boleh digunakan untuk tambah lagi detail supaya jadi lebih cantik lagi pada gambar yang diambil menggunakan telefon ini. S Pen ni berkemampuan untuk tandakan gambar korang, untuk korang nak tambah apa-apa yang korang lukis guna S Pen ni dalam gambar korang tu dan sebagainya. Paling best sekali korang boleh ambil gambar secara hands free pakai S Pen je.

Percuma Samsung Galaxy Buds+

Siapa je yang tak suka benda free bukan. Bermula dari sekarang sehingga 30 November 2020, Samsung akan memberikan sepasang Samsung Galaxy Buds+ yang bernilai RM599 kepada pembeli yang membeli peranti Samsung Galaxy Note20 ni! Tapi korang kena cepat-cepat sebab peraturan dia siapa cepat dia dapat dan sementara stok masih ada. So, apa tunggu lagi kan!

Ye, ianya percuma! Dengan promosi terbaru ni, korang boleh la enjoy pakej penuh iaitu daripada telefon bimbitnya sehinggalah kepada audio.

Jadi, macam mana cara-caranya untuk korang yang beli Samsung Galaxy Note20 ni daripada sekarang hingga 30 November 2020 ni? Jom kita tengok sama-sama.

Langkah 1: Hanya pelanggan yang membeli Samsung Galaxy Note20, Galaxy Note20 5G atau Galaxy Note20 Ultra 5G sahaja yang layak untuk tebus hadiah percuma ni.

Langkah 2: Pergi ke Page Samsung Promo di https://ift.tt/3kL6vnz
Note20-buds-plus/ dan klik ‘Redeem Now’. Selepas mendaftar atau log masuk ke Akaun Samsung anda. isikan butiran yang diperlukan dan lampirkan bukti pembelian atau resit.

Langkah 3: Setelah selesai, Samsung Galaxy Buds+ akan dihantar terus ke alamat pelanggan dalam 30 hari bekerja dari tarikh penebusan yang dibuat oleh pelanggan.

Jadi, apa tunggu lagi? Samsung Galaxy Note20 ni merupakan telefon pintar yang paling tepat dan sesuai dimiliki tanpa mengira fungsi kegunaannya. Sama ada ianya hendak dipakai untuk kegunaan harian mahu pun kerja, peranti ini jelas adalah pilihan yang paling terbaik sekali!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Note20, korang boleh layari website dan follow FacebookInstagramYoutube dan Twitter SAMSUNG.


The post Edit Video Macam ‘Pro’, Ini Telefon Pintar Yang Wajib Anda Ada appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments