“Duduk Di Rumah Dua Minggu Sahaja,” Pesan Dr. Hisham, Minta Semua Fokus Putuskan Jangkitan COVID-19

PUTRAJAYA, 2 Nov – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berpesan kepada orang awam untuk terus kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Kalau tiada urusan penting di luar, biarlah kita duduk di rumah untuk tempoh dua minggu sahaja.

“Kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, jadi kita boleh putuskan jangkitan COVID-19 dalam negara kita.

“Kalau kita terpaksa keluar, pastikan kita patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) iaitu elakkan 3S atau 3C dan amalkan 3W yang sering kita tekankan,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Untuk rekod, hari ini negara mencatatkan 834 kes positif baharu, 900 kes sembuh, dua (2) kematian dan lima (5) kluster baharu.

Dalam masa sama, peningkatan kes di Wilayah Persekutuan Labuan turut meningkat mendadak, iaitu hampir enam kali ganda daripada 18 kes semalam kepada 105 kes hari ini.

Sumber: KKM

The post “Duduk Di Rumah Dua Minggu Sahaja,” Pesan Dr. Hisham, Minta Semua Fokus Putuskan Jangkitan COVID-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments