Cuma Letak Ketulan Ais Pada Tengkuk Cara Mudah Tapi Berkesan Redakan Migrain

Ramai yang ada masalah migrain dan bila dah kena memang tak boleh fokus buat kerja. Ada yang perlu rehat dan ambil cuti lagi.

Kalau selalu kena masalah ini bukan saja menyeksakan tapi juga boleh jejaskan kerja. Lagi satu asyik makan ubat pun tak elok juga.

Untuk yang selalu kena migrain mungkin boleh cuba cara semula jadi untuk redakan migrain atau sakit kepala seperti yang dikongsi oleh ustaz Norazri Medzlan yang juga Pengasas at Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur di Kuantan, Pahang.

Cuma guna ketulan ais, 10 minit lega

 

Caranya mudah hanya guna ketulan ais. Langkahnya:

1.Letak ketulan ais di tengah tengkuk atau belakang leher.

2. Biarkan ais di situ dalam 10 minit.

3. Hasilnya migrain terus reda dan kepala jadi ringan.

Menurut beliau ini adalah kali kedua dia mencuba tip ini, pertama ketika sakit tengkuk akibat salah bantal dan kedua akibat migrain. Ternyata tip yang hanya dibaca sebelum ini berkesan bila dipraktikkan.

Bagi yang ada migrain bolehlah cuba. Tak perlu modal apa-apa cuma ketulan ais saja.

Sumber: Norazri Medzlan

The post Cuma Letak Ketulan Ais Pada Tengkuk Cara Mudah Tapi Berkesan Redakan Migrain appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments