COVID-19: Perempuan Berusia 22 Tahun Antara 2 Kes Kematian Yang Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya, 11 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan dua kes kematian akibat COVID-19 pada hari ini. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 302 kes, bersamaan 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kematian ke-301 merupakan kes ke-40,565 iaitu seorang perempuan bukan warganegara berusia 22 tahun. Pesakit mempunyai sejarah penyakit jantung reumatik dan aritmia jantung yang disahkan meninggal dunia di Hospital Tuaran.

Kes kematian ke-302 pula melibatkan kes ke-41,578 iaitu perempuan bukan warganegara yang berusia 67 tahun. Pesakit mempunyai sejarah penyakit osteoarthritis dan gastritis yang disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Gambar: Kenyataan Akhbar KPK 11 November 2020

Sumber: KKM

The post COVID-19: Perempuan Berusia 22 Tahun Antara 2 Kes Kematian Yang Dilaporkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments