COVID-19: Lima Kluster Baharu Dikenalpasti Hari Ini Termasuk Di Johor Dan Terengganu

Menerusi sidang media hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa sebanyak lima kluster telah dikenalpasti hari ini.

Kluster pertama ialah Kluster Banjaru, Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 sejak 11 November 2020 hasil satu saringan komuniti di kampung berisiko tinggi.

Kluster kedua ialah Kluster Gangsa yang melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes indeks dilaporkan positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 23 November 2020.

Kluster ketiga ialah Kluster Batu Tujuh yang melibatkan daerah Batu Pahat, Johor. Kes indeks telah dilaporkan positif pada 22 November 2020.

Kluster keempat ialah Kluster Tanjung Bunga yang melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kes ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 November 2020.

Kluster kelima ialah Kluster Kerengga melibatkan daerah Marang di Terengganu. Kes indeks dilaporkan positif hasil saringan individu bergejala pada 17 November 2020.

Sumber: RTM

The post COVID-19: Lima Kluster Baharu Dikenalpasti Hari Ini Termasuk Di Johor Dan Terengganu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments