Cat Farish Tamatkan Zaman Bujang, Pilih Pereka Fesyen Sebagai Isteri

Hampir empat tahun hidup keseorangan, penyanyi dan pelakon terkenal Tanah Air, Cat Farish tamatkan zaman bujangnya dengan pasangan pilihannya hari ini.

Cat Farish atau nama sebenarnya Faris Zaquan selamat diijabkabul di sebuah Pusat Dakwah Islamiah, Paroi dengan pasangannya Suriani Hj Hassan yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal di Kuala Lumpur.

“Official jadi hubby to @suriani.hj.hassan. Jom kita mula episode kita…”

Walaupun tidak mengadakan majlis persandingan kerana masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetapi majlis pernikahan tetap sempurna.

Rata-rata rakan artis turut mengucapkan tahniah atas perkahwinan ini, tidak lupa kepada kahli kumpulan Ruffedge yang turut memberi ucapan menerusi rakaman video.

 

Sumber: CatFarish

 

The post Cat Farish Tamatkan Zaman Bujang, Pilih Pereka Fesyen Sebagai Isteri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments