Cara Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih & Tip Supaya Berbuah Lebat

Buah lemon kita tahu ada banyak khasiatnya. Jadi tak rugi tanam di rumah. Selain melalui keratan batang dan daun, lagi satu cara untuk tanam lemon adalah dari biji benihnya.

Beli lemon dan ambil bijinya untuk dijadikan benih. Caranya dikongsi oleh Fazliana Musa.

1. Buah lemon yang kita beli, ambil biji dan cuci.

2. Jemur biji benuh tadi hingga kering (saya jemur dalam 2-3 hari juga).

3. Kemudian saya simpan dalam bekas bertutup yang dilapik dengan tisu basah. Dalam dua minggu baru naik pucuknya. Tapi kalau nak tunas keluar lebih cepat buang kulit biji. Insya-Allah 2-3 hari dah keluar tunas.

4. Bila tunas dah mula naik boleh alih anak benih ke bekas semaian. Bila anak benih keluar empat helai daun boleh alih ke tanah atau dalam pasu.

Tip kalau pokok lemon tak mahu berbuah

Ada juga yang dah berjaya tanam lemon tapi tetap tak berbuah walau dah makan tahun. Kalau begini boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh netizen.

Foto Facebook Norfarizah Bakar
  • Kalau pokok lemon tak berbuah hanya lebat daun, buat teknik luruh daun untuk paksa pokok berbuah. Pangkas juga dahan kalau terlalu rimbun.
  • Bubuh baja buah.
  • Sembur dengan bancuhan air ajinomoto. Sukatannya:
    – 5 sudu makan ajinomoto bersama 1 liter air bagi pokok setahun ke atas dan yang kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.
    – Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
    – Waktu siraman : waktu redup petang jam 6 ptg ke atas. Siram 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.

Insya-Allah selepas melakukan tip ini, pokok lemon akan berbunga dan berbuah.

Foto Facebook Raudzah Abd Salam

Selamat mencuba!

 

The post Cara Tanam Pokok Lemon Dari Biji Benih & Tip Supaya Berbuah Lebat appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments