Cara Rawat & Suburkan Semula Tanah Sebelum Tanam Pokok

Tanah antara faktor utama yang menyumbang pada kesuburan tanaman kita. Ada yang dah siram cukup, baja tapi sayur atau pokok ditanam tak juga subur.

Jadi geram pula bila usaha bercucuk tanam tak nampak kan hasil sedangkan rakan-rakan lain melakukan hobi saya subur elok sayuran mereka.

Jika tanah jadi punca tanaman kita tak menjadi boleh cuba tip yang dikongsi oleh Aimah Raiyan tentang cara beliau menyuburkan kembali tanah sebelum menanam pokok atau sayuran baru. Kalau lihat perkongsian tanamannya memang geram. Elok subur belaka.

Cara suburkan tanah sebelum tanam semula pokok

Sebelum ini ada yang kata tanah saya ini memang sedia subur, sebab itu pokok selalu menjadi. Sebenarnya tak juga. Ada juga tanaman yang mati sebelum berhasil.

Tapi ini cara yang saya lakukan untuk suburkan semula tanah sebelum tanam pokok.

  • Ambil tanah kompos kemudian campur dengan tanah bakar + tinja haiwan proses (bukan yang fresh ya) nanti pokok mati. Campuran tanah yang digunakan semuanya agak-agak saja ya.
Ini tanah kompos yang siap sedia boleh guna. Kompos dari sisa kebun yang kami longgok tepi kebun. Kalau ada sisa sayur dapur pun kumpul di situ.
  • Biar atau simpan dulu tanah yang dicampur untuk sebulan dua. Kemudian campur cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus)+ kapur pertanian (bukan kapur masak). Boleh beli di kedai pertanian atau nusery.
  • Kalau ada kulit telur yang dah ditumbuk halus pun boleh campur sekali. Selepas gaul rata, biarkan dalam seminggu dua.
  • Kalau nampak ada rumput dah mula tumbuh bermakna dah boleh guna. Dah alih tanah, lepas seminggu boleh baja macam biasa.
Sebelah atas itu batas sebelum guna tanah yang dirawat. Nampak beza kan.

Tanah pun macam manusia, perlu diberi makan. Kena sabar juga ya.

Ini antara tanaman yang ditanam oleh Aimah Raiyan.

Selamat berkebun.

Sumber: Aimah Raiyan

The post Cara Rawat & Suburkan Semula Tanah Sebelum Tanam Pokok appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments