Cara Buat Daging Masak Hitam Ala Kenduri. Tak Perlu Tambah Garam & Gula, Memang Dah Sedap

 

Daging masak hitam ini selalu kita makan waktu kenduri. Memang sedap, rasanya manis berempah dan pedas sikit boleh buat kita teringat teringat.

Tapi sekarang kenduri pun dah takde jadinya kalau teringin nak makan apa kata kita buat sendiri. Caranya dikongsi oleh Rusfaniza Abu Yazid.

Cara buat daging masak hitam ala kenduri

Bahan perapan daging:
2 kg daging- dipotong
Kicap manis & kicap pekat
20 tangkai cili kering -kisar

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
5-6 hiris halia
2 batang serai
5 biji buah keras
1 genggam kismis hitam (saya guna kismis kuning)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada hitam

Cara membuat:

1. Perap daging dengan kicap manis & kicap pekat dan cili kering kisar 2-3 jam.

2. Sementara tunggu daging kita kisar bahan-bahan ini dulu. Kisar asing
bawang besar,bawang putih, halia (bekas biru). Kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam.

3. Panaskan minyak tumis 4 sekawan, masukkan bawang kisar dan halia. Kemudian bahan kisar serai, kismis dan lain-lain.

4. Bila dah pecah minyak macam ini masukkan daging. Guna api perlahan jangan letak air sebab daging akan keluar air nanti.

5. Masak sampai kering macam ini guna api perlahan. Ikut kan tak perlu tambah gula & garam lagi sebab rasanya dan ngam-ngam tapi saya suka manis jadi tambah gula lagi.

6. Nak kering daging mungkin makan masa jadi lagi berbaloi buat banyak terus. Dah siap letak dalam bekas kecil, frozen. Nak makan panaskan saja.

Sumber: Rusfaniza Abu Yazid

The post Cara Buat Daging Masak Hitam Ala Kenduri. Tak Perlu Tambah Garam & Gula, Memang Dah Sedap appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments