Budak 6 Tahun Tersenarai Dalam Guinness World Record, Dinobat ‘Programmer’ Termuda Di Dunia

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dari Ahmedabad memecahkan rekod dunia dan dimasukkan ke dalam Guinness World Record sebagai ‘World’s Youngest Computer Programmer’, lapor India Times.

Arham Om Talsania telah menyelesaikan peperiksaan persijilan Microsoft di pusat ujian Pearson VUE.

“Ayah saya mengajar saya mengenai pengekodan. Saya mula menggunakan tablet ketika berusia 2 tahun. Pada usia 3 tahun, saya membeli gajet dengan iOS dan Windows. Kemudian, saya mendapat tahu bahawa ayah saya bekerja di Python.

Gambar Via India Times

“Ketika saya mendapat sijil dari Python, saya membuat permainan kecil. Setelah beberapa lama, mereka meminta saya untuk menghantar beberapa bukti kerja dan ia diluluskan beberapa bulan kemudian,” katanya.

Talsania bercita-cita untuk menjadi usahawan perniagaan dan membantu semua orang.

“Saya ingin menjadi usahawan perniagaan dan menolong semua orang, saya mahu membuat aplikasi, permainanan dan sistem pengekodan,” jelasnya lagi.

Gambar Via The Scrbblr

Bapanya, Om Talsania yang merupakan jurutera perisian mengatakan bahawa anaknya telah berminat dalam pengekodan dan dia mengajarnya asas-asas pengaturcaraan.

“Sejak dia masih kecil, dia sangat berminat dengan gajet. Dia biasa bermain permainan di peranti tablet, menyelesaikan teka-teki da bermain permainan video, dia juga biasa melihat saya melakukan pengekodan,”katanya.

Sumber: India Times

The post Budak 6 Tahun Tersenarai Dalam Guinness World Record, Dinobat ‘Programmer’ Termuda Di Dunia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments