Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

Memandangkan anak tak sekolah, semua ada di rumah dan ramai juga yang kena kerja dari rumah maknanya makanan kena sentiasa ada stok.

Selain lauk, kuih pun penting untuk kudapan mereka. Salah satu yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok frozen adalah samosa kentang.

Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof.

Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak

Bahan untuk inti:

5 biji kentang
Lobak merah -ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Untuk 20-25 biji samosa
Kulit popia

Untuk 20-25 biji samosa

Info: Boleh tambah isi ayam atau daging jika suka

Cara membuat:

1.Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.

2.Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.

3. Dah layu, masuk ubi kentang dan lobak. Kemudian masuk semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.

4. Siap inti samosa.

Cara lipat samosa

  • Sediakan bahan iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.

  •  Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.

  •  Boleh mula melipat. Lipat segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.

  • Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat. Letak juga di ruang-ruang kosong.

  •  Siap, nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.

Cara lipat samosa tanpa potong

Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose

Selamat mencuba!

Sumber: Sabariah Nor Mohd Yusof

The post Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments