Belanjawan 2021 : Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan Dan Anak Bagi Penyakit Serius Akan Dinaikkan Kepada RM8,000

Putrajaya, 6 November – Kerajaan telah bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai buat rawatan perubatan rakyat Malaysia.

“Bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi seperti pneumokokkal, influenza dan COVID-19,” kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan belanjawan hari ini.

“Pelepasan ini diberi ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak, terhad kepada RM1,000,” katanya.

Kerajaan juga akan meningkatkan had pelepasan cukai ke atas belanjawan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000. Had pelepasan cukai bagi pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 manakala bagi penjagaan ibu bapa dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Sumber: Bernama TV

The post Belanjawan 2021 : Had Pelepasan Cukai Ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Diri, Pasangan Dan Anak Bagi Penyakit Serius Akan Dinaikkan Kepada RM8,000 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments