Ada Yang Tak Dituntut Keluarga, Deretan Lebih 600 Mayat Pesakit COVID-19 Menanti ‘Giliran’ Untuk Dikebumikan

Hampir 650 mayat pesakit COVID-19 yang mati pada awal tahun ini masih lagi disimpan di dalam trak peti sejuk di Brooklyn yang digunakan sebagai bilik mayat sementara, lapor Independent.

Menurut Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan bandar, kebanyakan ahli keluarga mayat tersebut tidak dapat dikesan atau mereka tidak mampu untuk mengadakan upacara pengebumian.

Gambar Via CNN Indonesia

Pegawai pemeriksa perubatan mengatakan kepada The Wall Street Journal bahawa pejabat itu tidak dapat mengesan saudara-mara dari 230 mayat.

Gambar Via CNN Indonesia

Laporan itu susulan daripada peningkatan mendadak dalam jangkitan baharu COVID-19  di seluruh Amerika Syarikat yang telah melebihi 12 juta kes sejak bermulanya krisis lebih dari lapan bulan yang lalu.

Gambar Via CNN Indonesia

Hampir 25, 000 orang di New York City telah meninggal dunia akibat COVID-19 dengan kadar jangkitan rata-ratanya sekitar 2.5 peratus dalam tempoh seminggu yang lalu.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Kebersihan Mental dan Pusat Kawalan bagi Pencegahan Penyakit baru-baru ini mendapati bahawa 30 peratus daripada pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di bandar tersebut pada awal tahun ini tidak dapat ‘bertahan lama’.

Sumber: Independent

Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe

The post Ada Yang Tak Dituntut Keluarga, Deretan Lebih 600 Mayat Pesakit COVID-19 Menanti ‘Giliran’ Untuk Dikebumikan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments