1,067 Kes Positif COVID-19 Dalam Kalangan Pekerja Dilaporkan Hari Ini, 28 Kilang Top Glove Akan Ditutup Secara Berperingkat

PUTRAJAYA, 23 Nov – 28 kilang milik syarikat sarung tangan Top Glove di sekitar Klang, Selangor akan ditutup secara berperingkat, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, ia berikutan berlaku kenaikan mendadak kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang tersebut.

“Ia bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan COVID-19 dan menjalani proses kuarantin.

“Pelaksanaan penutupan secara berperingkat tersebut akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat Top Glove itu sendiri,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 5,794 saringan ke atas pekerja kilang berkenaan telah dijalankan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) setakat hari ini.

Daripada angka tersebut, 1,889 kes positif telah direkodkan termasuk 1,067 kes baharu yang dikenal pasti hari ini.

Sumber: RTM

The post 1,067 Kes Positif COVID-19 Dalam Kalangan Pekerja Dilaporkan Hari Ini, 28 Kilang Top Glove Akan Ditutup Secara Berperingkat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments