Vivo Sedia Teroka Pasaran Peranti Premium, Lancar X50 Pro Dengan Pelbagai Spefikasi Terkini

Sejak penubuhannya di Malaysia pada tahun 2016, vivo memberikan keutamaan kepada kehendak pengguna yang mahukan produk dan perkhidmatan yang bersifat peribadi dalam membangunkan produk berinovasi tinggi mereka.

Jika sebelum ini Vivo memfokuskan pasaran segmen pertengahan, mereka kini lebih bersedia untuk meneroka pasaran premium dengan peranti terbaru mereka, X50 Pro yang dilengkapi dengan Sistem Kamer Gimbal terbina di dalam.

“Telefon pintar pilihan saya” – vivo telah bekerjasama dengan 3 figura terkenal Malaysia Kavita Sidhu, Robert Guiati dan Coach KarFei telah berkongsi pengalaman ekslusif secara langsung mereka dengan mengatakan X50 Pro telah memainkan peranan penting dalam urusan seharian mereka dan secara tidak langsung, menjadi sebahagian dari kehidupan mereka.

“Tidak dapat dinafikan yang teknologi pada masa kini telah meresap jauh dalam kehidupan seharian dan cara hidup kita. Setalah sekian lama, Vivo terkenal dalam menawarkan peranti berinovasi dari tahap rendah sehingga pertengahan.

”Tahun ini, kami optimis bagi menyertai pasaran premium dengan penawaran terbaru kami iaitu telefon pintar X50 Pro Series 5G.” jelas Mr Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.

Pelakon dan Penerbit TV & Filem, Kavita Sidhu berpendapat telefon pintar dengan skrin yang besar serta mudah digunakan adalah penting bagi beliau termasuklah kualti gambar yang baik.

“Kualiti gambar perlulah terbaik kerana banyak kerja saya melibatkan penjenamaan yang bertumpu di media sosial. Saya menyukainya kerana kamera X50 Pro dihadirkan dengan sistem gimbal terbina di dalam dan mod ekstrem malam yang sangat hebat.”

“Telefon pintar memainkan peranan penting dalam urusan seharian saya.” Roberto Guiati, Pengasas dan Pengarah Kumpulan Zenero menjelaskan lagi yang rekaan nipis X50 Pro dan fungsi menarik akan melengkapi gaya dan usahanya.

Sementara itu, Pengasas Life Redesigned dan Ketua Pengajar, KarFei memberitahu, “untuk mereka yang ingin meningkatkan permainan fotografi mereka, X 50 Pro merupakan peranti yang patut dicuba.”

Sebagai pengedar telefon pintar terkenal di Malaysia, Vivo berinspirasi untuk meningkatkan momentum pertumbuhan dan meluaskan pengaruhnya di pentas global dengan produk yang berinovasi dan bergaya.

Video acah mengenai 3 figura terkenal Malaysia berkongsi pengalaman mereka dengan X50 Pro boleh ditonton di pautan di bawah.

vivo X50 Pro x Entrepreneurs Sharing

Hey you! All the high-achievers, stop scrolling and watch this video! Check out what these successful entrepreneurs have to say about vivo X50 Pro!#vivoX50Series #vivoX50Pro #PhotographyRedefined

Posted by vivo on Friday, September 4, 2020

Video penuh bersempena acara nyah kotak bersama Kavita Sidhu, Roberto Guiati and Coach KarFei boleh didapati di laman rasmi Facebook Vivo Malaysia.

Mengenai Vivo

Vivo adalah sebuah syarikat global yang memfokuskan teknologi pintar dan servis masa kini. Vivo komited dalam menghubungkan pengguna di serata dunia melalui rekaan peranti pintar yang menarik dan juga integrasi perkhidmatan dengan cara unik dan kreatif. Vivo juga melaksanakan strategi pembangunan dengan harapan menjadi sebuah gergasi teknologi yang bertaraf global.

Beribu pejabat di China, disokong lagi oleh 9 rangkaian pusat R&D di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai, Taipei, Tokyo dan San Diego, Vivo memfokuskan pembangunan produk teknologi masa hadapan termasuk 5G, kecerdasan buatan, rekaan industri, fotografi dan lain-lain lagi.

Vivo juga mempunyai 5 hub pembuatan yang terletak di Asia menghasilkan lebih dari 200 juta peranti setiap tahun. Untuk tahun 2019, Vivo kini telah sampai ke lebih 30 negara dan disukai oleh 350 juta pengguna di seluruh dunia.

The post Vivo Sedia Teroka Pasaran Peranti Premium, Lancar X50 Pro Dengan Pelbagai Spefikasi Terkini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments