(Video)”Super Save,” Warganet Puji Hafizh Syahrin Berjaya Kawal Jentera Daripada Terbabas Dengan Penuh ’Skill’

Hujung minggu ini peminat sukan permotoran akan disajikan dengan perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung di Bugatti Circuit, Perancis, menurut portal Auto Sport.

Biar pun acara utama pada tahun ini dijadualkan bermula awal sejam pada Ahad akan dijadualkan berlangsung sejam awal daripada waktu biasa pada Ahad ini, namun setiap pasukan serta pelumba telah pun selesai melakukan latihan pada Jumaat bagi menyesuaikan diri serta menguji jentera mereka di litar tersebut, menurut Auto Sport.

Turut tidak terlepas adalah pelumba dari Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Hafizh Syahrin. Kelibat anak muda yang berasal dari Selangor itu pastinya dinanti-nantikan peminat sukan permotoran khususnya daripada Malaysia.

Kemahiran menunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan oleh Hafizh Syahrin sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Ini kerana, pada sesi latihan untuk perlumbaan hujung minggu ini, beliau telah dirakam hampir terbabas sejurus selepas membelok di satu selekoh. Dengan kemahiran yang dimiliki dirinya, rakaman gerak perlahan tersebut jelas menunjukkan pelumba itu dapat mengawal dengan baik jenteranya ketika berada situasi sedemikian.

Kemahirannya dalam mengawal jenteranya itu supaya tidak terbabas telah mendapat pujian daripada warganet.

Sumber: @MotoGP

The post (Video)”Super Save,” Warganet Puji Hafizh Syahrin Berjaya Kawal Jentera Daripada Terbabas Dengan Penuh ’Skill’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments