(Video) “Walaupun Gol Biasa Biasa,” Aksi Luqman Hakim Jaringkan Gol Kemenangan KV Kortrijk B-21

Siapa yang tidak kenal dengan pemain muda yang kian menyerlah prestasinya sehinggakan menjadi ‘anak angkat’ kepada negara Belgium, Luqman Hakin berjaya jaringkan gol sulungnya pada tahun ini dalam satu perlawanan Liga Belgium bawah 21 tahun.

Bermain dalam kumpulan, KV Kortrijk U21, dengan jaringan gol sulung daripada penyerang muda ini berjaya menewaskan pasukan lawan KFCO Beersachot dalam saingan kali ini.

Sebuah video kemenangan pasukan tersebut turut dikongsikan menerusi laman Twitternya.

“Alhamdulillah terima kasih ya allah , walaupun gol biasa biasa , berkat doa anda semua, This is my 1st goal for my 1st official game in 2020”

Rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian anak muda ini. Bukan sahaja hebat malah membawa nama Malaysia dipersada dunia.

 

Sumber: Luqman Hakim

The post (Video) “Walaupun Gol Biasa Biasa,” Aksi Luqman Hakim Jaringkan Gol Kemenangan KV Kortrijk B-21 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments