(Video) Tergantung 200 Kaki Di Udara, Dua Pekerja Pembersih Tingkap Berdepan Detik Cemas Apabila ‘Platform’ Dinaiki Rosak

Pekerja pembersih tingkap dilaporkan tergantung di sebuah bangunan tinggi di New York pada Isnin selepas platform yang digunakan rosak secara tiba-tiba.

Satu misi penyelamatan segera dilakukan bagi menyelematkan dua lelaki yang terperangkap pada ketinggian lebih daripada 61m (200 kaki) di udara.

Rakaman dari sudut Aerial memaparkan platform tersebut tergantung dan disokong pada sebelah bahagian sahaja semasa pekerja itu berada di atasnya.

Menurut Sky News, Pasukan Bomba dan Penyelamat telah dipanggil pada sekitar jam 9.10 pagi waktu tempatan ke kompleks Brookfield Place di Lower Manhattan.

Jabatan Bomba New York (FDNY) dilaporkan perlu memastikan platform tersebut kukuh terlebih dahulu sebelum boleh membawa masuk kedua-dua pekerja yang terperangkap itu ke dalam bangunan dengan selamat.

FDNY menyatakan kedua-dua lelaki yang lengkap memakai peralatan keselamatan menolak untuk melakukan penilaian perubatan.

Bercakap kepada NBC, leftenan FDNY John Tobin bekata: “Kami berjaya menarik kedua-dua lelaki itu ke tempat selamat tanpa merisikokan nyawa mereka.”

Sumber: Sky News

The post (Video) Tergantung 200 Kaki Di Udara, Dua Pekerja Pembersih Tingkap Berdepan Detik Cemas Apabila ‘Platform’ Dinaiki Rosak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments