(Video) Tangan Berdarah Dipercayai Terhiris Kaca, Pekerja Pembersihan Minta Orang Ramai Jangan Buang Terus Kaca Pecah Dalam Plastik Sampah

cara buang kaca

Tugas sebagai pekerja kebersihan mempunyai cabaran yang tersendiri. Daripada terpaksa menahan bau busuk sisa buangan hinggalah terluka akibat terkena objek tajam, mereka terdedah kepada risiko jangkitan bakteria.

Menurut Kesatuan Pekerja Awam Kanada (CUPE), tugas mengutip sampah tergolong sebagai salah satu pekerjaan yang berbahaya.

Dalam satu laporan yang diterbitkan pada 2010, CUPE mendapati sekitar 35 peratus pemungut sampah di negara itu mengalami kecederaan ketika bertugas setiap tahun.

Sebelum ini, tular gambar seorang pekerja kebersihan yang mengalami pendarahan dipercayai akibat tertusuk objek tajam ketika mengutip sampah.

“Saya pengutip sampah dan saya ingin meminta tolong, bila anda pecahkan gelas atau pinggan, jangan terus buang ke dalam plastik sampah.

“Ambil kotak susu dan masukkan serpihan kaca ke dalamnya untuk elakkan kemalangan ketika mengutip sampah,” katanya.

Gambar: Brandon Swarts

Melihat kecederaan dialaminya, rata-rata pengguna bersimpati dan memohon maaf kerana ada yang tidak menyedari bahaya yang menanti.

Selain itu, ada juga yang turut berkongsi cara mereka menguruskan objek tajam yang berbahaya seperti kaca dan pisau sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Bungkus dan label “kaca”

Saya bungkus kaca pecah dengan surat khabar dan lekatkan dengan pita. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan tulis “Kaca pecah” di atas plastik.

Pun begitu, anda perlu memastikan balutan itu kemas dan tebal supaya ia tidak dapat ditembusi kaca. Jika tidak, ia hanya akan menyelindungi bahaya yang boleh mencederakan pemungut sampah pada bila-bila masa. 

Menurut Den Garden, berikut adalah cara yang lebih selamat untuk membuang serpihan kaca.

  1. Letakkan kaca ke atas kain dan balut dengan kemas.
  2. Dengan berhati-hati, pecahkan menggunakan tukul hingga serpihan menjadi lebih kecil.
  3. Masukkan kaca yang telah dibalut ke dalam kotak. Jika kotak besar dan masih ada ruang, tambahkan kain supaya lebih selamat.
  4. Tutup kotak dan lekatkan dengan pita kuat.
  5. Label kotak dengan tulisan yang jelas.

Selain itu, anda juga boleh membuang sampah atau pisau dengan cara lebih mudah seperti di bawah.

Letakkan kaca atau pisau di dalam botol kosong

Sumber: Brandon Swarts, Den Garden, NCBI

The post (Video) Tangan Berdarah Dipercayai Terhiris Kaca, Pekerja Pembersihan Minta Orang Ramai Jangan Buang Terus Kaca Pecah Dalam Plastik Sampah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments