(Video) Siap Boleh Nyanyi Nada Tinggi, Lelaki Tiru Suara Artis Terkenal Tanah Air Buat Netizen Kagum

Tak semua orang yang mempunyai bakat menyanyi, apatah lagi meniru suara penyanyi sebenar. Jika anda penggemar program I Can See Your Voice, video ini pasti akan membuatkan anda terpana.

Bukan sahaja boleh meniru suara artis terkenal, pemuda bernama Amsyar Lee ini mampu menyanyi mengikut melodi seakan artis berkenaan. Malah, dalam video lain, pemuda yang meminati Ernie Zakri ini menunjukkan bakatnya menyanyikan lagu dengan nada tinggi yang sukar dicapai oleh lelaki.

Lantunan suaranya membuatkan orang ramai kagum, malah ada yang menyangka dia hanya meniru suara dan gerakan bibir artis (miming).

Sumber: Amer Siti

The post (Video) Siap Boleh Nyanyi Nada Tinggi, Lelaki Tiru Suara Artis Terkenal Tanah Air Buat Netizen Kagum appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments