(Video) Safawi Rasid Diumum Secara Rasmi Sebagai Pemain Portimonense S.C

Kelab Portimonense sebentar tadi secara rasmi telah mengumumkan Safawi Rasid sebagai pemain baharu yang bakal beraksi untuk kelab itu yang berpengkalan di Portugal. Safawi berhijrah ke Portimonense dari pasukan Johor Darul Takzim.

Selepas mengecapi pelbagai kejayaan di JDT, akhirnya Safawi yang juga pemain utama pasukan kebangsaan memilih Portimonense SC sebagai cabaran baharu dalam karier beliau sebagai pemain bola sepak.

Ini bukanlah kali pertama pemain Malaysia bakal beraksi di liga eropah tetapi pencapaian Safawi sehingga berjaya dilamar kelab ini seharusnya diberi pujian. Kelab Portimonense ini beraksi di liga utama Portugal yang akan turut menentang kelab-kelab besar Portugal seperti FC Porto, Benfica dan Sporting Lisbon.

Liga Primera Portugal baru sahaja memulakan musim 2020/21 dan semua pasukan sudah menghadapi tiga perlawan dan selepas tiga perlawanan Portimonense menduduki tangga ke-16 liga. Selamat maju jya buat Safawi Rasid.

Sumber: Portimonense

 

The post (Video) Safawi Rasid Diumum Secara Rasmi Sebagai Pemain Portimonense S.C appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments