(Video) ”Rasa Geli Di Telinga,” Lelaki Terkejut Temui Labah-Labah Besar ‘Menginap’ Dalam “Headphone”

Menyeramkan, seorang lelaki terkejut setelah menemui seekor labah-labah besar di dalam pelindung telinga fon kepala miliknya.

Berkongsikan gambar penemuan labah-labah tersebut di media sosial, ia nyata menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Gambar Via Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, lelaki yang tinggal di Perth itu pada awalnya merasa geli pada bahagian telinga semasa menggunakan fon kepala tersebut.

Setelah menanggalkan aksesori tersebut, dia terkejut setelah mendapati seekor labah-labah besar di dalamnya.

Gambar Via Daily Mail

Rakaman yang disiarkan ABC menunjukkan labah-labah tersebut bersembunyi di dalam ruang salah satu pelindung telinga.

“Saya sememangnya dapat merasakan sesuatu yang menggelikan di bahagian telinga. Labah-labah tersebut tidak mahu keluar, ia ‘gembira’ berada di situ,” kata lelaki tersebut.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) ”Rasa Geli Di Telinga,” Lelaki Terkejut Temui Labah-Labah Besar ‘Menginap’ Dalam “Headphone” appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments