(Video) Rakaman 7 Nelayan Kerjakan Solat Ketika Kapal ‘Digoncang’ Ombak Buat Ramai Tersentuh

Seperti yang diketahui, solat adalah asas yang penting dan ibadah utama bagi umat Islam. Pelbagai kemudahan telah diajar sehingga dapat dipenuhi dengan baik dan istiqamah.

Solat juga boleh dilakukan di mana-mana jua asalkan tempat itu bersih.

Satu video yang menyaksikan beberapa orang nelayan sedang bersolat di atas kapal telah tular di Indonesia.

Apa yang mengagumkan adalah apabila kapal tersebut ‘bergelut’ dengan ombak yang kuat namun itu tidak menyurutkan niat mereka untuk beribadah.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Manaberita, dapat dilihat bahawa terdapat tujuh orang nelayan sedang menunaikan solat berjemaah di atas kapal tersebut.

Memetik laporan Merdeka.com, berada di atas dek, mereka tidak melakukan solat sambil berdiri kerana akan dikhuatiri terjatuh disebabkan oleh goncangan ombak yang kuat.

Pun begitu, mereka tetap berusaha untuk khusyuk menghadap Yang Maha Esa. Tubuh mereka sesekali dilihat bergerak mengikuti ‘irama’ goncangan kapal agar ia tetap seimbang.

Seorang nelayan juga dilihat sedang berjaga-jaga di tepi kapal. Mereka dipercayai bergilir-gilir mencari rezeki di tengah laut.

Rakaman tersebut bagaimana pun telah tular di media sosial dan ianya telah menyentuh hati ramai netizen. Disebalik kesibukan mencari rezeki, ibadah solat tetap dijadikan sebagai keutamaan walau di manapun berada.

Sumber: Merdeka.com

The post (Video) Rakaman 7 Nelayan Kerjakan Solat Ketika Kapal ‘Digoncang’ Ombak Buat Ramai Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments