(Video) Pernah Tular Berebut Tiup Lilin, ‘TV Show’ Jemput 2 Beradik Ini Untuk Tiup 500 Batang Lilin

Korang ingat lagi tak dua kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam semasa majlis ulang tahun kelahiran ? Ya, dua beradik comel yang berebut meniup lilin tu sehinggakan mendapat perhatian seluruh dunia.

Terbaru, siapa sangka selepas kejadian tersebut dua beradik ini dijemput dalam satu program televisyen. Apa yang mengejutkan si kecil ini, prosuksi menyediakan sebiji kek besar yang dihiasi dengan 500 lilin di atasnya supaya dapat ditiup mereka dua.

Seperti korang dapat lihat, wajah mereka berdua sangat teruja dan tak sabar untuk meniup lilin yang tersedia dihadapan mereka.

Seperti video yang tular baru-baru ini, Maria Eduara pada hari lahirnya sangat gembira dan bersedia untuk meiup lilin kek hari jadinya namun, kakaknya Maria Antonia bertindak mengusik adiknya dengan meniup lilin tersebut. Berang dengan kejadian tersebut, adiknya bertindak menarik rambut kakaknya di hadapan orang ramai.

Kali ini, kek gergasi yang disediakan oleh produksi program televisyen untuk mereka. Melihat gelagat mereka di dalam video ini snagat teruja dan gembira meniup lilin tersebut.

 

Sumber: Damigo Legal

The post (Video) Pernah Tular Berebut Tiup Lilin, ‘TV Show’ Jemput 2 Beradik Ini Untuk Tiup 500 Batang Lilin appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments