(Video) Pasukan ‘Frontliners’ Terpaksa Lalu Titi Kayu Usang Demi Kesihatan & Keselamatan Orang Ramai

Sebuah video tular di laman media sosial tentang petugas barisan hadapan yang bertugas di salah sebuah kawasan pedalaman mendapat perhatian ramai.

Difahamkan melalui video tersebut, sekumpulan ‘frontliners’ yang memakai sut hazmat sedang meniti sebuah titi kayu yang dilihat seperti tidak kukuh dan tidak selesa untuk mereka bekerja. Namun, tugas mereka adalah untuk memastikan penduduk dalam keadaan sihat, jadi mereka redha menghadapi juga.

Papan yang basah menyebabkan para ‘frontliners’ ini sukar untuk berjalan dan mereka berhati-hati supaya tidak tergelincir jatuh kerana sut tersebut menyukarkan mereka untuk berjalan. Bukan itu sahaja, jika mereka tergelincir kemungkinan besar akan mengalami kecederaan serius.

Orang ramai turut memberi kata-kata semangat kepada para petugas barisan hadapan yang sedang bertugas di Sabah. Semoga Allah memberkati mereka semua.

 

Sumber: Hazri

The post (Video) Pasukan ‘Frontliners’ Terpaksa Lalu Titi Kayu Usang Demi Kesihatan & Keselamatan Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments