(Video) Maszlee Malik Lancar ‘Crowd Funding’ Bantu Siswa Terkandas, Berjaya Kumpul Hampir RM 44k Setakat 9 Pagi Ini

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan arahan terkini menyarankan agar semua Insitut Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan sesi pendaftaran pelajar baharu.

Bagaimanapun, menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad mencadangkan agar sesi pendaftaran tersebut dijalankan secara dalam talian dan keputusan drastik itu dibuat berikutan kadar kes jangkitan COVID-19 didapati meningkat akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, ramai bakal siswa yang sepatutnya dijadualkan akan mendaftar minggu ini akur dengan arahan tersebut, dalam masa sama ada antara mereka yang terkesan kerana kehabisan wang, tiada tempat tinggal sementara dan sebagainya.

Boleh dikatakan isu ini mendapat perhatian di hati netizen, lalu pelbagai saluran bantuan ditawarkan kepada bakal siswa ini secara terbuka, semuanya bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas.

Terbaharu, bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melancarkan kutipan sumbangan awam buat bakal siswa ini.

Perkembangan terkini

Terbaharu, Dr. Maszlee berkongsi perkembangan terkini mengenai permohonan bantuan serta sumbangan awam yang terkumpul setakat 9 pagi ini.

Update perkembangan terkini sumbangan yang saya telah lancarkan malam tadi.

Sehingga pagi ini, sebanyak 3695 permohonan diterima daripada anak siswa.

Manakala sebanyak RM 43,998.29 telah disumbangkan oleh orang ramai.

Oleh kerana terlalu banyak permohonan, saya menyeru semua untuk terus menyebarkan usaha ini supaya lebih ramai orang dapat menyumbang.

Untuk mereka yang mahu menyumbang boleh salurkan wang ke Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan di nombor akaun;

Maybank: 5647-1752-7213

Ini adalah untuk memastikan lebih ramai permohonan dapat kita proses untuk diberikan bantuan.

InshaAllah, 100 penerima kumpulan pertama akan kita usahakan untuk menerima bantuan pada hari ini juga. Ini akan kita maklumkan sekitar jam 1 tengah hari nanti.

Terima kasih Malaysia sekali lagi. #Rakyatjagarakyat #Siswajagasiswa
YB Dr Maszlee Malik
3 Oktober 2020

Update perkembangan sumbangan yang saya telah lancarkan malam tadi. Sehingga pagi ini, sebanyak 3695 permohonan…

Posted by Dr Maszlee Malik on Friday, October 2, 2020

Sumber: Dr. Maszlee Malik

The post (Video) Maszlee Malik Lancar ‘Crowd Funding’ Bantu Siswa Terkandas, Berjaya Kumpul Hampir RM 44k Setakat 9 Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments