(Video) “Masih Jauh Perjalanan,” Rakaman Oyen Berputus Asa, Jalan Atas Eskalator Tanpa Kesudahan

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa kucing yang berwarna oren atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Oyen’ lazimnya mempunyai perangainya yang tersendiri sehingga boleh mengundang tawa.

Seperti satu video yang dikongsikan menerusi akaun Twitter bernama @cattitudescrvs, gelagat si Oyen ini berjalan di atas escalator telah membuatkan ramai warganet terhibur.

Video tersebut memaparkan gelagat seekor kucing berwarna oren berjalan di atas sebuah escalator yang sedang bergerak dengan melawan arus escalator tersebut.

Tidak berapa lama kemudian selepas perjalanannya itu tiada kesudahan, dia tampak seperti akhirnya berputus asa dan berpaling ke belakang.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 100 ribu kali daripada warganet.

Warganet yang menonton video tersebut nyata terhibur dengan gelagat si Oyen itu.

Sumber: @cattitudescrvs

The post (Video) “Masih Jauh Perjalanan,” Rakaman Oyen Berputus Asa, Jalan Atas Eskalator Tanpa Kesudahan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments