(Video) Lelaki ‘Koyak’, Siap Panggil Polis Lepas Tak Menang Hadiah Di Arked Selepas Lebih 100 Percubaan

Seorang lelaki di Jepun bertindak menghubungi polis gara-gara gagal untuk meraih sebarang hadiah semasa bermain mesin permainan selepas 200 kali mencubanya, lapor Oddity Central.

Pengguna Twitter bernama Ogarun itu dilaporkan mengunjungi premis permainan arked tersebut pada awal bulan ini dan berasa sangat kecewa dengan salah satu mesin permainan di sana sehingga nekad menghubungi pihak polis.

Menurut Oddity Central, lelaki itu telah mencuba nasib sebanyak 200 kali berturut-turut dan gagal untuk mendapatkan sebarang hadiah. Selepas bertengkar dengan staf di premis berkenaan, dia terus menghubungi pihak berkuasa.

Menariknya, polis telah meminta staf premis itu untuk menunjukkan bahawa mesin itu sebenarnya berfungsi dan boleh dimenangi. Pun begitu, lelaki tersebut dilaporkan tetap gagal untuk memenanginya sebanyak 300 kali berturut-turut.

Ogarun telah memuat naik gambar staf premis berkenaan cuba untuk bermain memenangi hadiah mesin tersebut sambil diawasi pegawai polis dan kemudian menambah bahawa setelah gagal sebanyak lebih dari 300 kali, lelaki itu akhirnya berjaya untuk memenangi satu hadiah selepas mengalihkan hadiah-hadiah di dalam mesin terbabit ke tempat yang lebih mudah untuk dimenangi.

Pihak polis dilaporkan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap premis berkenaan serta pengeluar mesin terbabit.

“Saya tidak dapat memenanginya langsung, sab itulah polis ada di sini,” tulis Ogarun bersama gambar yang dimuat naiknya. “Polis sedang menyiasat staf yang masih belum menang itu.”

Catatan pengguna Twitter itu telah menarik perhatian ramai warganet yang turut berkongsikan pendapat mereka berkenaan insiden itu, dengan kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa mesin permainan itu adalah suatu bentuk penipuan.

“Semua orang tahu kekuatan cengkaman mesin tersebut adalah berdasarkan berapa banyak wang yang dimasukkan,” ulas seorang warganet.

“Cara bermainan permainan itu adalah dengan hanya meletakkan dui syiling anda di dalam mesin,” tulis pengguna Twitter lain.

Keadaan telah menjadi bertambah keruh dalam internet sehinggakan pengeluar mesin permainan tersebut, iaitu syarikat SEGA dari Jepun, mengeluarkan kenyataan mengenai perkara berkenaan:

“Secara keseluruhannya, permainan tersebut sekadar untuk pelanggan menguji kemahiran serta nasib mereka. Untuk bermain, pemain perlu memasukkan sejumlah wang tetapi tidak semestinya mereka akan mendapat hadiah. Sudah tentu, kami sentiasa menekankan staf kami supaya peka dengan situasi pelanggan, jadi jika ada sebarang masalah, anda boleh sentiasa memanggil mereka bagi membantu anda. Ianya adalah asas operasi syarikat kami.”

Sumber: Oddity Central

The post (Video) Lelaki ‘Koyak’, Siap Panggil Polis Lepas Tak Menang Hadiah Di Arked Selepas Lebih 100 Percubaan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments