(Video) Lelaki ‘Istimewa’ Penglihatan Bersuara Merdu Baca Al-Quran Braille Buat Banyak Jiwa Tersentuh

Al-Quran braille

Kekurangan dari segi penglihatan tidak menjadi penghalang buat seorang lelaki kelainan upaya (OKU) untuk membaca Al-Quran bertulisan braille.

Dalam video dikongsikan Muslims Of The World di Instagram, kelihatan seorang lelaki berkulit putih melontarkan kalimah suci Al-Quran dengan lancar sekali.

Seiring gerak jarinya menyentuh lembaran Al-Quran bertulisan braille, lelaki itu melafazkan ayat suci daripada surah Ar-Rahman.

Bacaannya berjaya menjentik hati puluhan ribu warga maya yang kagum dengan usaha beliau mendekati Al-Quran walaupun mempunyai halangan tersendiri.

Maha Suci Allah, bacaannya menyentuh hati

Moga Allah beri ganjaran tertinggi buatnya

Apa alasan kita?

Sumber: Muslims Of The World

The post (Video) Lelaki ‘Istimewa’ Penglihatan Bersuara Merdu Baca Al-Quran Braille Buat Banyak Jiwa Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments