(Video) Lebih 100 Ribu Tontonan, Rakaman Si Bulus Nyenyak Tidur, Berdengkur Kuat Macam Letih Sangat

Pasti ramai diantara kita yang menggemari aktiviti tidur. Tambah-tambah pula di musim pandemik ini aktiviti luar serta riadah terpaksa dihadkan.

Disebabkan itu, tidur boleh dikatakan aktiviti yang ramai diantara kita kerap lakukan kebelakangan ini.

Sudah tidak asing lagi untuk dikaitkan dengan berdengkur dan juga tidur. Sebilangan besar daripada kita pasti mempunyai masalah berdengkur ini.

Pun begitu, berdengkur ini boleh dikatakan normal terjadi kepada manusia. Pun begitu, tahukah anda bahawa haiwan juga ada yang tidur berdengkur.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Twitter bernama @AnimalsWorld ini, rakaman seekor kucing yang tidur berdengkur telah menarik perhatian ramai.

Video yang berdurasi selama 29 saat itu memaparkan seekor kucing sedang tidur nyenyak di pangkuan tuannya sambil berdengkur dengan kuat seakan manusia.

Video rakaman tersebut telah menjadi tular dan berjaya meraih perhatian warganet.

Sejak video tersebut dimuat naik, ianya telah menjadi tular di media sosial Twitter. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 100 ribu tontonan daripada warganet.

Sumber: @AnimalsWorld

The post (Video) Lebih 100 Ribu Tontonan, Rakaman Si Bulus Nyenyak Tidur, Berdengkur Kuat Macam Letih Sangat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments