(Video) Koma 4 Hari Akibat Kanser, Hafiz Cilik Viral Mengaji Dalam Keadaan Tidur Menahan Sakit Dilaporkan Meninggal Dunia

JAKARTA: Seorang budak berusia 10 tahun meninggal dunia setelah koma selama 4 hari di hospital.

Ibunya menceritakan kejadian yang telah berlaku sebelum pemergian arwah anaknya dikenali sebagai Baim (samaran).

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, telah berlaku perkara yang menakjubkan.

Baim telah dirakam setelah membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika dalam keadaan koma oleh ibunya di hospital.

Dalam masa yang sama, keadaan Baim semakin hari semakin menurun dan pada hari keempat, kesedaran Baim mula hilang dan anak lelaki yang bermimpi menjadi penghafal Al-Quran itu telah meninggal dunia.

Setelah pemergian Baim, ibunya berkata bahawa cara pemergian anaknya itu adalah dengan cara yang terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal.

Baim mengidap penyakit kronik iaitu kanser buah pinggang pada tahap 3.

“Hasil imbasan CT menunjukkan terdapat wilms tumor (kanser buah pinggang) yang sudah berada pada tahap 3″, kata ibunya.

“Namun, Baim tidak pernah menceritakan kesakitan yang dihadapinya kepada saya”, kata ibunya.

Baim dikenali sebagai pendiam dan tidak pernah mengeluh walaupun dalam kesakitan.

Sumber: Tribun News

The post (Video) Koma 4 Hari Akibat Kanser, Hafiz Cilik Viral Mengaji Dalam Keadaan Tidur Menahan Sakit Dilaporkan Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments