(Video) Isteri Faham Hobi Suami, Hadiahkan Shimano Stella Pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Apabila berkahwin dengan pasangan, setiap perkara dikongsi bersama termasuklah hobi dan minat masing-masing. Jika dapat pasangan yang memahami dan menyokong minat, siapa pun akan merasa gembira dan bahagia.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita, Shakila Nizam di Facebook menerusi Page Geng Pancing Malaysia.

Manakan tidak, dia menghadiahkan mesin pancing atau fishing reel  jenama Shimano dan model Stella kepada suami tersayang sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.

Amboi, bertuahnya badan, Video tersebut mendapat perhatian ramai warga net terutamanya kaki pancing yang ‘cemburu’ akan hadiah berkenaan yang dianggap ‘rare’ untuk diberikan oleh seorang isteri.

Malah, rata-rata mereka menyifatkan lelaki tersebut beruntung mempunyai isteri yang memahami minatnya dan berseloroh meminta ‘tips’ supaya para isteri di luar sana melakukan perkara yang sama.

Seorang isteri yang memahami hobi suami

Untung orang rumah faham kaki pancing

Gua minta beli ‘stella’ dia mengamuk satu hari

Jarang nampak isteri macam ni

Ini baru betul ”’anniversary gift”

Sumber: Shakila Nizam via Kaki Pancing Malaysia

The post (Video) Isteri Faham Hobi Suami, Hadiahkan Shimano Stella Pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments