(Video) Ini Cara Nak Pasang ‘Smart Switch’, Boleh Kawal Suis-Suis Di Rumah Guna Telefon & Suara Je

Teringat lagi masa dulu, paling tak suka adalah bila dah baring atas katil, mesti rasa malas nak bangun tutup suis lampu kan? Ye, ada juga bila dah gelap, terpaksalah guna lampu pada skrin telefon untuk suluh cahaya kan?

Tapi semua masalah itu akan selesai jika rumah korang ada ‘smart switch’. Ia merupakan satu inovasi yang dicipta untuk memudahkan anda dan lebih penting membuatkan anda lebih selesa.

Seperti perkongsian daripada Mohamed Saiful di laman Facebooknya menunjukkan suis di kediamannya di tukarkan kepada “smart switch” atau suis pintar. Ini memudahkan mereka sekeluarga untuk memeriksa mana-mana suis yang belum ditutup.

Hampir semua suis rumah di tukar pada smart switch. Lepas ni boleh tekan suis dari smartphone atau boleh control suis guna suara sahaja. Barulah rumah macam Tony Stark punya rumah. Kalau lupa suis sudah di tutup, boleh check dari apps sahaja.

Mudahkan, guna aplikasi melalui telefon pintar je, korang boleh kawal dari jauh untuk tutup dan buka suis di rumah.

Bukan itu sahaja, korang boleh lihat menerusi video ini di mana bukan sahaja boleh dikawal dari jauh malah suis ini juga dapat dikawal hanya menggunakan lisan suara sahaja.

Posted by Mohamed Saiful on Monday, October 5, 2020

 

Sumber: Mohamed Saiful 

The post (Video) Ini Cara Nak Pasang ‘Smart Switch’, Boleh Kawal Suis-Suis Di Rumah Guna Telefon & Suara Je appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments