(Video) Ibu Anjing ‘Merintih’ Seperti Minta Tolong, Lelaki Tak Kisah Meniarap Tepi Parit Selamatkan Anak Anjing Lemas

Seekor ibu anjing hanya mampu berputih mata dan ‘merintih’ kesedihan melihat anak kecilnya terkapai-kapai di dalam sebuah parit. Tanpa mampu berbuat apa-apa, kelihatan haiwan itu berlari ke sana ke sini sambil melihat anaknya yang tergolek kelemasan dibawa arus longkang.

Rintihan si ibu anjing akhirnya didengari seorang lelaki yang segera menyelamatkan haiwan tersebut dari terus lemas. Berbekalkan barangan yang sempat diambil dari kedainya, Arif Fiego kemudiannya cuba mengangkat anak anjing itu menggunakan penyodok sampah.

Ternampak ibu anjing ni di tepi parit dengan suara yang sedih dan sayu. Bila tengok dalam parit rupanya ada anak dia yang baru lahir. Sebab mata pun belum celik lagi.

Sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan sayangkan haiwan memang saya terus berlari cari benda yang boleh angkut puppy tu keluar. Nasib baik la kitchen kantin_pramugara dekat untuk ambil penyodok sampah tu.

Dalam prinsip seorang anak kapal pun, kami sememangnya sudah dilatih untuk sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Walaupun saya tak dapat aplikasikan di atas awan, tapi sekurang-kurangnya saya dapat lakukannya di darat dan menyelamatkan nyawa anak anjing yang hampir lemas.

Disclaimer:

Saya ada terbaca komen dan ada nitizen yang marah kenapa yang ambil video tapi tak selamatkan? Sementara saya ambil penyodok dan sarung tangan, isteri saya perlu tunggu dan pantau anak anjing tu. Sebab parit tu besar dan anak anjing tu pulak kecik. Mungkin hilang dari pandangan mata.

Kenapa saya tak lompat ambil je puppy tu?

Saya mesti mengambil kira keselamatan saya. Parit tu nampak mata kasar ianya cetek tapi sebenarnya dah diselaputi lumut yang tebal dan licin. Mungkin juga ada objek tajam yang membahayakan.

Sekiranya saya lompat mungkin saya akan tergelincir yang boleh menyebabkan kecederaan. Anak anjing pun tak dapat saya selamatkan. Tempat kejadian sangat dekat dengan central kitchen saya, jadi saya ambil penyodok dan sarung tangan kurang dari 1 minit.

Sumber: Arif Fiego

The post (Video) Ibu Anjing ‘Merintih’ Seperti Minta Tolong, Lelaki Tak Kisah Meniarap Tepi Parit Selamatkan Anak Anjing Lemas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments