(Video) Guru Ini Buat Parodi ‘Bila Cikgu Kerja Kedai Makan & Jadi Pramugari’ Buat Ramai Terhibur

Setiap hari kita akan lihat pelbagai idea menarik dari warganet melalui aplikasi TikTok kan? Tambah-tambah lagi bila video parodi tentang sesuatu membuatkan ramai yang terhibur dan menanti-nantikan video seterusnya.

Tular di media sosial tentang gelagat seorang guru yang bernama Seri menghasilkan video parodi Challenge ‘Bila cikgu kerja kedai makan be like’  ini bikin pecah habis.

Dalam video kali ini, Cikgu Seri ini berlakon menjadi pengambil pesanan makanan di sebuah kedai makan tetapi cara seperti berada di dalam kelas mengajar.

Bukan itu sahaja, selang beberapa jam video pertama dimuatnaik, Cikgu Seri yang mengajar subjek Pendidikan Seni di sebuah sekolah ‘buat hal’ lagi apabila beliau buat Challenge 2 “Bila cikgu jadi pramugari be like…”

“Selagi pesawat tidak bersih, anda tidak dibenarkan keluar.” Ayat ini sering kita dengar sewaktu berada di sekolah dulu kan? Video-video daripada cikgu ini memang kelakar habis.

 

Sumber: Ig Kimseri_eina

The post (Video) Guru Ini Buat Parodi ‘Bila Cikgu Kerja Kedai Makan & Jadi Pramugari’ Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments