(Video) Gelagat ‘Meow’ Diheret Keluar, Tak Ada Tiket Naik Kereta Api Laju Buat Netizen Terhibur

CHINA: Rakaman video terhadap seekor kucing telah tular di media sosial setelah kucing itu dikeluarkan daripada kereta api kerana ‘tidak mempunyai tiket’.

Kucing itu dipercayai sesat dan telah menyelinap masuk ke dalam kereta api berkelajuan tinggi.

Rakaman video menunjukkan gelagat kucing tersebut ketika dikeluarkan oleh salah seorang pegawai.

Klip video itu telah meraih jutaan tontonan selepas ia dimuat naik dalam aplikasi Douyin oleh salah seorang penumpang kereta api itu.

Video tersebut dimuat naik berserta ayat,”penumpang terpaksa dikeluarkan kerana tidak memiliki tiket”.

Rata-rata daripada penonton yang menyaksikan video itu menyifatkan kelakuan kucing dan pegawai itu sangat melucukan.

“Hahaha, lihat cara berjalan, sungguh melucukan”, kata salah seorang pengguna yang menyaksikan video itu.

“Kucing itu pasti menyangka boleh membayar tiket dengan kelucuannya”, kata pengguna lain.

Namun disebalik kelucuan itu, ada di antara netizen menyuarakan keprihatinan mereka terhadap haiwan itu kerana mereka percaya bahawa ia adalah kucing peliharaan yang telah hilang atau ditinggalkan.

“Kucing itu sangat baik, pasti kucing peliharaan kerana jika ianya kucing liar, sudah pasti ia tidak membenarkan untuk disentuh”

 

Sumber: Dailymail

The post (Video) Gelagat ‘Meow’ Diheret Keluar, Tak Ada Tiket Naik Kereta Api Laju Buat Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments