(Video) ‘Disoal Siasat’ Beramai-ramai, Gelagat Anjing Kantoikan Kawan Buat Sampah Bikin Terhibur

anjing

Bagi anda yang suka menonton video-video haiwan, mungkin tahu perangai nakal anjing yang gemar menyepahkan rumah. Tidak kira kertas ataupun tisu tandas, kedua-duanya boleh dikatakan objek kesukaan haiwan ini untuk dijadikan permainan sekaligus ‘menguji’ kesabaran tuannya.

Baru-baru ini dalam video dikongsikan Nature & Animals, seekor anjing mendedahkan kelakuan rakannya yang dipercayai mencarikkan kertas di rumah mereka.

Enggan bersubahat ketika disoal siasat tuan mereka, anjing itu seakan-akan ‘menunjukkan’ ke arah kawannya, membuatkan ia marah dan ‘menyerangnya’.

Video tersebut membuatkan orang ramai terhibur dan mendapat hampir 9,000 tontonan sejak dikongsikan awal pagi ini.

Sumber: Nature & Animals

The post (Video) ‘Disoal Siasat’ Beramai-ramai, Gelagat Anjing Kantoikan Kawan Buat Sampah Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments