(Video) Dipercayai Rosakkan Tandas Sampai Bersepah, Anjing Ini Selamba Buat Muka Tak Bersalah

Anjing memang dikenali sebagai haiwan yang setia terhadap tuannya. Tidak hairanlah jika haiwan peliharaan itu sentiasa menjaga tuannya dari segala bahaya. Bahkan mereka akan menunjukkan rasa cinta kepada tuannya dengan cara yang unik. Salah satu cara yang sering ditunjukkan adalah dengan mengikuti tuannya kemana-mana saja.

Menerusi laman Twitter The Sun telah berkongsikan sebuah video berdurasi  7 saat, memaparkan seekor anjing jenis Shih Tzu bernama Pancho dari California.

Video tersebut menunjukkan reaksi Pancho yang seakan-akan tidak bersalah setelah dipercayai membuat kerosakkan tandas rumah milik tuannya.

Dengan rela hati dan atas rasa sayang ke atas haiwan peliharaannya, pemilik anjing tersebut membersihkan tandas itu tanpa memarahi atau mengenakan hukuman ke atas Pancho.

SUMBER : The Sun 

The post (Video) Dipercayai Rosakkan Tandas Sampai Bersepah, Anjing Ini Selamba Buat Muka Tak Bersalah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments