(Video) “Dia Janji Mahu Solat 5 Waktu, Mahu Doakan Ibunya,” Pilu, Budak Lelaki Menangis Teresak-esak Dapat Berita Kematian Ibu

Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Namun, perginya ibu tiada ganti. Kehilangan ibu tercinta pastinya menjadi mimpi ngeri kebanyakan kita, tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Bagi seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia yang baru kehilangan permata hati, beliau berazam menjadi anak soleh sebagai aset Allahyarham ibunya. Tangisan anak ini yang teresak-esak ketika mendapat berita kematian si ibu pasti akan meruntun jiwa sesiapa yang melihatnya.

Seperti satu rakaman tular di media sosial, seorang budak lelaki terduduk menangis teresak-esak dipercayai selepas mendapat tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia. Menurut Indozone, tangisan budak tersebut telah menyentuh hati orang yang berada berdekatan.

“Mereka baru datang hospital, tapi aku lihat ibunya yang sakit sudah tidak bernafas. Dan akhirnya suasana pecah ketika doktor memberitahu kepada anak yang paling bongsu.

“Dia janji mahu solat lima waktu, mahu doakan ibu dan dia juga minta maaf pada ibunya,” kongsi ega_kw.

@ega_kw

#ibu #kabarduka #semogatenangdisana

♬ Anakku Sayang – Siti Nordiana

Sumber: Indozone

The post (Video) “Dia Janji Mahu Solat 5 Waktu, Mahu Doakan Ibunya,” Pilu, Budak Lelaki Menangis Teresak-esak Dapat Berita Kematian Ibu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments