(Video) Dah Macam Mengadu Sakit, Gelagat Panda Diusap, Seakan Dipujuk Penjaga Selepas Terjatuh Raih Perhatian

Selain kucing, gelagat panda juga sentiasa menjadi perhatian kerana kecomelan dan kenakalan mereka terutama ketika berada berdekatan dengan manusia.

Sesiapa saja pasti akan ‘geram’ melihat telatah mereka yang sangat ‘clingy’ dan suka bermain-main.

Jika ia boleh dijadikan haiwan peliharaan, pastinya ramai yang ingin memiliki mereka.

Terbaru, satu video yang menyaksikan seekor anak panda terjatuh dan terus diangkat oleh penjaganya menjadi perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi video yang telah mendapat sebanyak 126 ribu tontonan itu, anak panda tersebut dilihat bagaikan ‘mengadu’ kesakitan dan terus diusap serta dipeluk oleh seorang penjaga wanita.

Kecomelan haiwan itu telah membuatkan kebanyakan warganet ‘geram’.

Menerusi laporan Daily Mail, panda itu merupakan salah seekor dari empat panda yang terdapat di Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding di China.

Gambar Via Daily Mail
Gambar Via Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, kesemua anak panda itu membuat kemunculan dan diperkenalkan buat pertama kali kepada orang awam Selasa lalu.

Disebabkan ianya merupakan kemunculan pertama panda itu di hadapan orang ramai, panda tersebut seakan ‘segan’ apabila cuba ‘menyembunyikan’ diri daripada tatapan ramai.

Sumber: fasvii, Daily Mail

The post (Video) Dah Macam Mengadu Sakit, Gelagat Panda Diusap, Seakan Dipujuk Penjaga Selepas Terjatuh Raih Perhatian appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments