(Video) “Dah Macam Berperang Di Medan Perang,” Laungan Azan Iringi ‘Frontliners’ Berangkat Ke Sabah

Peningkatan kes positif Covid-19 di Sabah, negeri di bawah bayu dari hari ke hari telah menimbulkan keresahan seluruh warga negara Malaysia. Akibat daripada itu, kekurangan para petugas barisan hadapan telah mendorong bantuan dari Semenanjung untuk dihantar ke sana.

Satu rakaman video, detik menyentuh hati yang dirakamkan itu telah dimuatnaik Menerusi laman facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah.

Dah macam berperang di medan perang

Video yang berdurasi 1 minit 25 saat itu memaparkan para pejuang barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu yang akan dihantar ke Sabah untuk memberikan bantuan sambil laungan azan mengiringi langkah mereka. Pihak media dan rakan-rakan seperjuangan para petugas barisan hadapan yang lain juga dilihat merakamkan peristiwa itu, ada yang menangis dan memeluk erat rakan mereka.

Di ruangan komen pula, rata-rata warganet memberikan komen syabas dan ucapan ribuan terima kasih serta mendoakan kesejahteraan mereka untuk pergi dan kembali. Sehingga kini, video itu telah ditonton hampir 3ribu tontonan dan mendapat ratusan perkongsian.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah 

The post (Video) “Dah Macam Berperang Di Medan Perang,” Laungan Azan Iringi ‘Frontliners’ Berangkat Ke Sabah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments